Thursday 3 November 2011

Busuk ke?

Tempat  : Pasar Malam Desaru.
Jam       : 7.05 Malam
Cuaca   : Baru lepas hujan.

Dalam suasana yang dingin..aku melihat seorang pak cik yang sederhana tua duduk di atas moto seperti sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba.........................

Pak cik : Hoi...ko ni tak tau maghrib ke hah..!!!!!!...cepat sikit la jalan tu...!!!! terhegeh-hegeh...!!!!! hish...apa punya orang tua la....!!!!!!!!!!!!!!

Dalam jarak tak lebih dari 5 atau 10 meter kot..aku nampak sorang mak cik tergesa-gesa membawa berbondon-bondon barangan basah sambil mukanya terkulat-kulat menahan malu dek jerkahan si pak cik a.k.a aku rasa suaminya tadi.

Dalam hati aku bermonolog..sian mak cik ni.. inikah dinamanya cinta???..inikah yang dikatakan kebahagiaan hidup berumah tangga?

Aku yakin dan sangat pasti..jauh kat sudut hati mak cik tu perasaan sedih melebihi perasaan malunya dijerkah dek suami sendiri. Bukannya nak ditolong, dibeli dan dibawa bersama barangan basah tu..tapi, dibiarkan si isteri membeli berseorangan. Tah nafkah untuk membeli barangan basah tu datang dari duit si suami atau hasil keringat si isteri jugak.Memang la dah maghrib..tapi, salah siapa si isteri membeli terlalu lama..manakan nk pilih lagi barangan basah tu, nak membayar lagi, nak membawa lagi..si suami yang tahu duduk dan tunggu sahaja...tiba-tiba hendak marah bila si isteri lewat sedikit datang. pada aku...pak cik tadi SANGAT DAYUS!!!!

Sunday 30 October 2011

Air Batu Campur

Rencah dalam hidup..tentulah dugaan dan kenangan. Ada masam, masin, manis, pahit, tawar dan pedas. Tak  mungkin la hidup kita selamanya seperti air batu campur yang diminum ketika panas terik dan dahaga. Kalau tu je rencah yang dapat kita rasa, mesti satu hari, kita akan jadi sangat-sangat bosan dengan rasa manis air batu campur tu.

Pada aku bukan lumrah manusia, dilahirkan dengan rasa yang tak pernah puas dengan nikmat yang dah diberi...tapi, akibat hasutan syaitan durjana dan benteng iman yang rapuh..membuatkan kita sering menyalahkan takdir.. sedangkan kita dah diingatkan yang takdir itu selalunya didahului dengan tadbir..kecuali JODOH, MATI dan REZEKI. Jadi, mengapa hendak menyalahkan lumrah manusia terdahulu dengan ketidakpuasan hati yang digendong sekarang. Bukankah itu sekadar lumrah..yang boleh kita ubah!!

Jadi, berlapang dadalah wahai "AKU" yang sedang dihimpit persoalan hidup sekarang..huhu..Bukan ke aku sangat bertuah..ditakdirkan Allah dapat merasai pelbagai rencah dalam hidup ni. Jadi, bergembiralah wahai hati yang berduka dan terluka dan bertenanglah wahai hati yang diburu resah dan gelisah. Rencah-rencah yang sedang Allah hadapkan ini, sedang mengajar aku erti sebuah keikhlasan, membimbing aku mencari permata dalam ribuan kaca, mendidik aku dengan jejak Saidatina Khadijah ~ Dalam keyatiman Nabi Muhammad S.AW...terserlah kepimpinannya dan dalam kemiskinan baginda, terlihat kekayaan jiwanya ~

Kunci sudah pun aku ada...tapi, pintunya belum aku ketemu. Aku sedar, kunci yang aku ada bukanlah kunci emas yang menawan dan tinggi nilainya. Kunci milik aku, hanyalah kunci biasa yang kerapkali terpalit kekotoran debu-debu dunia. Tapi, aku bersyukur..tiap kali kunci aku dipalit debu-debu yang mengaburkan kilauannya..angin dan hujan datang untuk membantu membersihkannya balik. Jadi, bersinar dan berkilau lah kembali kunci milik aku.

Jadi, siapa aku untuk menentukan siapa yang paling layak untuk aku. Hanya Allah yang paling layak untuk menentukannya. bukan ke kita dah diingatkan takdir hadir selepas tadbir yang kita sedia dan jalankan. Allah itu adil..Allah itu penyayang..setiap yang ditakdirkan, adalah yang terbaik buat hambanya. Memang JODOH, AJAL dan REZEKI tu dah Allah tetapkan pada kita, tapi, selagi takdirnya belum kita perolehi, berdoa, berdoa dan berdoa la dengan seikhlasnya supaya Allah memberikan kita takdir selari dengan tadbir yang telah kita usahakan.

Jika nanti takdir tidak selari tadbir..usahlah kita..ah..sebenarnya AKU...menangis, meraung, mengeluh dan meratap menyalahkan takdir. cukuplah la sekali..aku menjadi manusia hina yang tak sedar dek untung. berbulan-bulan menangis, meraung, mengeluh dan meratap tanpa henti menyalahkan takdir yang dh diberi...sedangkan.......hikmahnya....terselit sejuta..mungkin berjuta-juta..sebenarnya tiada nilai yang dapat menggambarkan kemanisan hikmah tu. Allahuakbar..semoga Engkau menerima keampunan dariku.

Ya Allah..berikan aku ketenangan dan kecerahan jiwa untuk mengenal dan melihat kilauan permata dari ribuan kilauan kaca yang ada. Izinkan aku untuk menjadi hambamu yang solehah disebalik kehidupan silam yang menghinakan ............................................................................

Monday 24 October 2011

Pelangi selepas hujan.

Keluar dari IPG tadi, aku nampak pelangi. Allahhuakbar, satu lagi ciptaan Allah yang sangat indah dan unik. Tak terjangkau dek akal rasanya macam mana pelangi tu terbentuk. Mungkin teori sains dapat merungkaikan sedikit fenomena kejadian pelangi ni, tapi, hakikatnya...rahsia sebenar kejadian pelangi ni masih dalam genggaman Allah. 

Bila tengok pelangi tu, kat hati aku terus terdetik,tadi cuaca bukan main gelap lagi, siap de guruh n hujan, aku nk kuar pun tak boleh n rasa takut jugak sebab dengar dek guruh tu. tapi, lepas semua tu berlalu, Allah takdirkan pula aku dapat nampak pelangi. Sangat indah dan cukup untuk menggembirakan hati aku. Terus aku lupa yang baru je tadi, aku mengomel pasal keadaan cuaca yang gelap n sedikit menakutkan. 

Jadi, kat mana hikmahnya..sesudahnya hari yang gelap dan penuh gempita, Allah hadirkan pelangi sebagai penyeri dan pengubat kekalutan dan ketakutan tadi? pada aku, bagi aku yang serba kerdil ni, natijahnya ada pada pemikiran kita. Bagaimana Allah nak kita berfikir dan sedar yang setiap musibah dan dugaan yang Allah bentangkan pada kita bukan untuk dikeluh kesahkan, bukan untuk ditangisi berhari-hari lamanya, bukan untuk   dicemuh sampai lusuh..tapi, untuk dikenang hikmahnya, tapi untuk didekatkan denganNya, tapi untuk diajar ini caranya, tapi untuk dibangunkan dari lena dan tapi untuk dilihat dan diuji dimana sabarnya. 

Cantiknya pelangi.... :) ...

Thursday 20 October 2011

Pagi yang nyaman.

Dalam pada kita tak sedar, apa perkataan pertama yang slalu kuar dari mulut kita bila baru bangun dari tidur? Merungut sebab banyak benda yang tak settle lagi? Mengeluh sebab still x puas g nak tido?Membentak sebab terpaksa bangun pagi2?atau "blur" seribu bahasa?....aku slalunya "blur" seribu bahasa..hehe..setiap mlm sebelum tido, mesti aku dh ingatkan dr sendri supaya, bila bangun pagi esok, mesti ucap "alhamdulillah" sebab Allah bagi lagi peluang pada kita untuk terus hidup dan sempurnakan mana-mana kerja kita yang masih tertangguh. Itu sahaja..

sekian...selamat malam, dunia...aku mau tido dh, menggantikan mlm semalam yang tak tido sebab menyiapkan kerja yang sengaja ditangguh-tangguhkan.. :)




Wednesday 19 October 2011

Buat sahabat..


Ayuni, Diana, Hanira, Syarifah dan Azritawani..

-5 tahun 6 bulan, kenangan pasti membuatkan kita rindu.
-Selamat menempuhi alam baru, semoga kalian menjadi pendidik yang amanah dan ikhlas.


Monday 17 October 2011

Batu itu keras.

Aku selalu rasa makin aku fikir, fikir dan fikir..makin aku jadi bengong dan tak betul. maksudnya..makin keputusan  yang aku nk buat tu tak tepat. tapi, kalau keputusan yang aku buat itu sekadar berlandaskan kata hati dan aku tak pikir banyak masa wat keputusan itu, mesti hasilnya..aku puas hati dengan kesan daripada keputusan yang dah dibuat. 

Tapi, persoalannya..boleh ke soal2 kawin ni kita ikut kata hati dan pikir sekali dua je. sebagai seorang bakal isteri yang ada impian nk jadi isteri solehah..mesti la aku nak kalau boleh aku kawen sekali je seumur idup aku, bertemankan seorang je suami dan ayah pada anak-anak aku nanti. jadi, sebab kan hal ni la..aku sangat2 teragak-agak nk wat keputusan. 

Aku dh pun solat istikharah..tapi, aku tak tau mcm ne nk detect yang tu la petunjuknya. de member aku cakap, petunjuk tu datang slalunya dalam bentuk mimpi, tapi, dalam mimpi tu xde suara yang kuar..huhu.. de lak org len cakap petunjuk tu dtg dalam bentuk gerak hati..hurm..klu ikutkan gerak hati, rasanya aku dh ada jawapan..tapi, aku takut nk keluarkan..sebab aku takut gerak hati aku salah. hurm..sangat teruk la aku ni..tu takut..ni takut...abis pe yang ko berani??..huhu..

Sebab aku takut sangat nk wat keputusan..jadi, aku suruh mak aku yang wat keputusan...hehe..skali mak gtau...ha, anak si polan, nm dia si polan..de tanya mak pasal hang..dia ckp nk msk ........ hang. mak rasa hang ----- dia je la..sudah...pulak...!!!!!!..sebabkan mak dh jwb gtu..aku pun gtau mak, aku x mo la ngn ......... sebabnya.................................................................... aku xmo la..huhu..past tu mak cakap memilih.bukan mak ku sayang, anak mak ni bukan memilih. tapi, aku de reason mengapa dan kenapa aku xnk.. n nmpknya aku mmg anak ayah..hehe..sebabnya ayah aku mmg sangat2 setuju dengan keputusan aku cakap xmo tu. timasih ayah... :)

Ok..selesai hal kat kg. sekarang aku kena pikir mcm ne nk slsaikan hal kat cni lak...n hal kat cni lagi rumit dr hal kat kg...huhu...aku x mau mengeluh..sebabnya aku sedar mesti de reason np Allah uji aku dengan dugaan ni. mcm ne aku de reason np aku ckp xmo kat mak tempoh hari..hehe.. :) ..so, lebih baik aku berfikiran positif dan hadapi dengan tenang perkara ni..wahaha.. tapi..aku didesak kat cni...n sebab desakan tu wat aku tertekan n x dpt nk berfikiran dengan warasnya. 

Jadi, patut ke aku jadi seperti batu..kerasnya sampai susah nk dipecahkan..ataupun aku jadi angin..yang senang nk dilayang ke sana sini.........aku prefer jadi batu..smuanya untuk masa depan aku. chaiyok2....solat, solat, solat, solat, solat, solat, solat.............................................................sampai aku yakin ni la keputusan yang dh ditakdirkan untuk aku. 





Sunday 16 October 2011

Jika semudah A,B,C.

Jika pilihan dan keputusan itu semudah ABC...




















Mungkin sekarang aku tak sebengong ini....
Ya Allah....help me.. :( ...sangat2 buntu...

Sunday 9 October 2011

Rumput itu lalang.

Semalam smua org bercerita tentang bulan. Allahhuakbar..mmg cantik sungguh ciptaan Allah. Dulu dan sampai sekarang, aku slalu kagum dengan kehebatan Allah dlm hal penciptaan manusia. maunya ak tak kagum, sp yg mampu mencipta punya banyak manusia, tp, xde sorang pun dalam kalangan kita yang ada 100 % persamaan. mungkin antara kita ada persamaan, tp persamaan tu pun dlm nisbah yg terlalu kecil. hurm...Allah mmg sangat hebat..!past tu bila aku tengok diri aku sendri, aku jadi makin kagum dengan kuasa Allah. Sapa yg mampu mencipta mesin yang sehebat dan sama taraf dengan kecanggihan mesin ciptaan Allah ni. For sure..xde sapa yg mampu..aku yakin xde punya..!!!plg senang pun, sapa yg boleh cipta tangan yang serupa dengan tangan yg Allah ciptakan untuk manusia, xkan ada yang mampu.tu aku tak ckp pasal otak g..huhu..

Tapi..dalam pada aku kagum dengan kuasa dan kehebatan Allah ni pun, aku ttp kdg2 lalai.hurm..lemahnya aku dgn godaaan syaitan. kdg2 ptg2 past solat asar, aku slalu x bc mathurat..tp, dibeleknya magazine hasil tulisan manusia..hurm..past solat maghrib slalu je aku berkejar nk buat itu ini..tp, bukan nk berkejar sembahyang hajat n baca al-quran. plg wat aku terasa lemah dan bodoh..sepanjang 5 tahun 6 bulan aku duk kat ipg ni, baru sekali aku khatam bc quran kat cni. ingatkan masa ramadhan hari tu, aku sempat khatam buat kali kedua..tapi, rupa-rupanya aku dh sangat lalai dengan kerja-kerja dunia..sampai aku ketepikan bekalan untuk akhirat nnti.

Bila bercakap pasal umo pulak..aku rasa menyesal dan sakit..umo dh 23 tahun, tapi, aku terasa dosa yang aku kumpul melebihi pahala yang aku cari.hurm.....kdg2 aku terasa sangat2 bodoh, bila de yg tanya psl pape hukum dlm agama islam, tapi, aku terdiam..tak mampu nk bgi penerangan. 5 tahun blaja kat sekolah agama, tp, hasilnya..aku tetap menjadi seorang hamba Allah yang jahil dengan ilmu agama islam.hurm...

Alhamdulillah..sekarang, sikit demi sikit aku cuba lik tebus kesalahan aku tu. sikit2 aku cuba study lik psl agama islam. sikit2 aku tampal pada koyak2 yang ada dalam ilmu agama islam yg ada dlm diri aku..sikit2 jugak aku cuba kuatkan hati untuk amalkan lik pe yang aku amalkan dlu masa kat SMKA. Ya Allah..kuatkan hati dan semangat aku untuk terus hidup dalam agamamu ini...

Pernah jugak..aku terfikir..kan bagus, nnti aku dapat suami yang dapat bimbing aku hidup dalam suasana yang     mengikut syariat Islam. tpi, persoalannya, layak ke aku yg x seberapa ni..untuk lelaki sehebat tu??????

Thursday 6 October 2011

Tuesday 4 October 2011

................

Hari ni...
semacam hitam dan gelapnya langit...
macam tu jugak gelap gelitanya hidup aku..
aku tak mengeluh...
jauh sekali menentang takdir yang tersurat...
tapi, sekali lagi nak aku tekankan...
aku sangat-sangat terkilan...
aku sedar, aku yakin...
ini dugaan...
seberat mana, selemah mana aku...
aku perlu tanggung...
aku juga bukan meminta untuk dijadikan sebagai yang terbaik..
cukuplah sekadar aku mendapat yang baik..
untuk kerana itu...
bukan aku tak berusaha..
bukan aku tak gigih..
bukan aku tak peduli...
tapi aku..
aku cukup berusaha...
cukup gigih...
cukup peduli...
tapi...
aku terpaksa menelan hakikat...
kamu yang tak cukup berusaha...
kamu yang tak cukup gigih..
dan kamu yang tak cukup peduli...
tanggungjawab kamu pandang enteng..
amanah kamu biar-biarkan...
tugas kamu tangguh-tangguhkan...
dan kesannya...
jatuh pada aku..
aku yang terpaksa menanggung kesan...



jadi, salahkah aku...
untuk menyalahkan kamu atas semua ni.

semoga aku tabah. ya ALLAH, tabahkan aku, bantu aku untuk redha..supaya aku tak berterusan menyalahkan kamu dan takdir yang menghimpit ni. amin...

Monday 3 October 2011

.................

Bukan marah atau menentang...
tapi, terkilan dan sangat terkilan..
bukan aku tak draft pelaporan tu..
bukan aku tak mintak untuk diperiksa draft tersebut..
dan bukan sekali aku hantar draft report tu...
tapi, berkali-kali...
























hurm...tapi, hari ni..........hurm...


mungkin dugaan ni dtg dek kerana dosa ak yang menimbun..
semoga aku tabah...huhu..!!

Saturday 1 October 2011

Manusia-manusia hipokrit.

Ramai...


yang jauh....haruslah begitu...



yang semacam hampir apatah lagi.......



yang begitu hampir nampaknya begitu....




yang sangat2 hampir..itu yang tak terjangka...




oleh itu.....kamu sangat hipokrit, sebab itu ramai juga yg sebegitu pada kamu.




dunia kita bulat..apa yang sampai pada aku, pasti sampai pada kamu satu hari ini..




jadi....biarkan je la... peace.. :) ..membawa duka dengan senyuman..mampu?..hehe..

Ikrar seorang pendidik.

Tahun depan..kalau xde aral melintang aku akan jadi cikgu @ pendidik. 5 tahun 6 bulan di latih, dididik n dibimbing di IPG, mmg dh cukup buat hati aku 100 % pada profession ni. 3 kali pegi praktikum n sekali internship mmg dh cukup untuk ak bw karisma sebagai seorang pendidik..(wahaha)..tp, yang pasti, aku harap dan berdoa..aku akan jadi pendidik yang... :
  • Adil, yakni aku tak kan membeza-bezakan semua anak murid ak. act, masa 3 kali ak wat praktikum dulu pun, ak slalu mintak kelas last. pada aku, budak-budak yang duduk kelas last ni bukannya tak nak blaja, tp, ada byk kekangan yg wat diorang ssh nk blaja ngn baik. hurm..kebanyakkan sbb background family. 
  • Amanah, ak akan utamakan murid dan ilmu yg ak nk sampaikan. ak akan cuba sedaya upaya xnk jd cikgu yg sibuk dengan pertandingan sana-sini sampai biarkan kelas terbiar dan direlief. praktikum banyak mengajar ak tentang amanah. 
  • Berkhidmat kerana Allah. Aku harap dan aku mmg berdoa siang malam, supaya ak xde "klik" masa kat sekolah nnti. maksudnya, ngn smua cikgu ak nk kwn..ak xmau jugak ak puak untuk mengumpat atau jual pape barang. bukan pe..ak tgk cikgu2 ni..kdg2 ms ngumpat tu slalu je buka aib ank2 murid dia...padahal anak2 murid tu amanah n tggjwb diorang.why not habiskan masa lapang korang tu ngn wat soalan latihan atau bahan-bahan ngajar yang boleh bantu dak2 yg korang ngumpat tu jd lg senang paham dan pandai. 
  • Tegas tapi bukan garang. hurm..aku rasa yg ni ak dh dpt laksanakan masa 3 kali ak praktikum dulu. buat apa nk jd garang2, kehulu-hilir nk kena bw rotan ms kat sekolah. budak tak hormat n syg pun, lagi diorang nyampah ada la. tp, tak garang, tak bermaksud ak sorang cikgu yang lembut n blh dipijak-pijak dek students. 3 kali praktikum dh wat ka tau..ak cikgu yg mcm ne..ak blh dibuat cam member, tp, dlm kelas ak, pls behave sebagai student, keja yang ak bg mesti siapkan. past tu, kalau kita jumpa kat playground ke..ak ok je nk men buaian sambil mkn eskrem skali ngn students ak..huhu..
  • Ikhlas. kalau nnti de ank murid ak tak paham pe yg ak ngajar, ak 100 % sedia nk wat kelas tambahn kat diorang.. tanpa sebarang bayaran. haram kot kalau nk amik payment. lagipun, ak klu bleh nk anak-anak murid ak nnti bila besar jadi manusia n hamba Allah. 
Ak harap n slalu berdoa agar azam n ikrar ni akan aku pegang sampai ke liang lahad. ak klu boleh xmo jd lectrr klu pun nnti ak dh ada master atau phd. ak nk jadi cikgu sekolah rendah smpai ak bersara. sebabnya..ak rasa tenang bila ngajar budak2 kecil yg br nk kenal hidup tu mcm ne. mmg kdg2 ak diuji ngn kenakalan diorang, tp, hakikatnya kenakalan tu dtg dari muka yg still suci. 

Saturday 24 September 2011

Ragu-ragu.

Np ek...tiap kali past ak bc mathurat, ak msti rasa ragu-ragu ngn keputusan yang sebelum2 ni ak rs mmg tu la keputusan yang tepat utk ak. hurm..np ek.........??? mungkin ke :

  • perasaan ragu2 aku tu sebagai petunjuk dari Allah S.W.T.
  • atau perasaan ragu2 tu sebagai mainan syaitan kat ak, sbb ms bc mathurat tu ak slalu je duk pikir skali segala bagai masalah idup ak ni, dgn kata len, ak tak khusyuk, jd, syaitan mainkan ak lagi bg jd lagi tak khusyuk. 
  • tak pun ak t'bw2 ngn perasaan ak..hurm..yg ni ak rs x betul kot. sbbnya perasaan ragu2 ak ni bkn ak pikir pun ms awal2 nk baca mathurat tu, ms tgh2 ak duk bc tu, br mai perasaan ni. so, alasan ni x valid.
  • hurm...dh, xde alasan dh.

kenapa ye..?

Thursday 22 September 2011

Aku ada kamu.

Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita temu
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yang akan mengunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi
Kau atau aku
Tandku punya kamu
Apa telah akhirnya
Tetap bersama

Friday 16 September 2011

Ada banyak sebab kenapa aku perlu bersyukur.

Antara sebabnya adalah :
  • Bila aku xde wit,aku stil ada parents yang sanggup bergolok bergadai demi nak tengok anak-anak dia hidup macam orang len. Timasih mak, ayah..alhamdulillah.
  • Bila aku lapar, aku still ada megi untuk di makan walaupun masa tu duit elaun dah kering kontang. ye la..kalau nak dibandingkan dengan orang-orang len yang lapar, tapi, xde wit n makanan untuk di makan. alhamdulillah..timasih Allah untuk rezeki yang diberikan. 
  • Bila aku kusut dengan masalah hidup kat hostel, tesis yang direct kena perbetul je, jiran depan n sebelah bilik yang gelak macam hantu n langsuir-langsuir bodo yang suka bergayut tengah2 malam atas moto ak, then pagi esok de je tinggal tisu la, kertas la..np x tinggal duit je sebab ko dh tumpang moto ak tu nak wat alas duduk bergayut (whhhaattt da....). tp, at least, nama aku tak tersenarai kena halau duk luar. Bukan aku suka sangat pun duk kat hostel ni, tp, ak rasa untuk sorang pompuan a.k.a gadis cam ak ni lagi selamat kot duk dalam hostel. Alhamdulillah.
  • Bila aku kusut lagi..aku still ley semayang n baca al-quran. kalau la dulu masa kecik-kecik mak n ayah aku tak rotan aku masa aku malas nk pegi ngaji n malas nk semayang, mungkin sekarang aku dah masuk paper, atas kes bunuh diri. Alhamdulillah..timasih mak, ayah sebab rotan kak chik dulu..huhu..
* actually, banyak g sebab napa aku perlu bersyukur..tp, biar la banyak tu dulu. dan sebenarnya, aku sangat kusut sekarang..wahaha... 

Wednesday 14 September 2011

Apa ada pada satu pertolongan.

...........................................................................................................................................








Pada kamu..mungkin xde pape.tapi...pada ak yg mmg sangat2 terdesak nk kan pertolongan tu.....
:
:
:
mungkin jadi satu rahmat yang sangat besar, KALAU...kamu sudi tolong on that day. 

* emo mmg perlu kala jiwa sedang menggila. aku benci kamu..wahaha...

...............................


Wednesday 7 September 2011

K.A.M.I.

"kami x mau beli kami2, skrg kami nk sama2..."
oMG...baru skrg ye ak dgr sama2..huhu..itulah adat K.A.M.I....






x lekang dek panas..tak lapuk dek hujan..wahaha..

Tuesday 6 September 2011

Takut untuk menapak, gerun untuk melangkah.

hurm.. nk ikutkan dh beratus kali ak mengeluh past balik dari ngajar tuisyen td. pertanyaan n permintaan kak shasha tu la yg sbnrnya wat ak mengeluh panjang... n wat kan otak ak ni x ley berenti lgsung nk pikir. pe yang patut ak buat.......................................

  • mungkin ke Allah dh makbulkan doa ak...tp, dlm keadaan ak yang still x bersedia. sbb ak mmg ingt ak pnh doa kat Allah, supaya diberikan ak jln ni..tp..bila dh ada laluan utk ak pilih jln ni, np..ak ssh lak nk terus tima..???
  • mungkin ke klu smua ni sekadar nk uji ak?..tp, kat ne hikmahnya..
semua ni mmg buat ak buntu. dan ak faham n sedar np ak terus buntu..sebab...............
.
.
.
.
.
sebab..aku takut untuk menapak..tapi, gerun untuk melangkah.
Allah yang maha kuasa...bimbinglah ak dalam membuat keputusan ni. semoga keputusan yang ak wat ni akan membawa kebaikan kepada ak, agamaku, kedua ibu bapaku serta setiap hambamu yang ada di muka bumi ini. 

*baru ak perasan, dlm masa sehari je, mcm2 hal dan emosi yang ak kena hadap..bagus gak ada blog ni..hehe.

Bunga dalam hati.. :)

tak sangka..ada seni jugak tgn ak ni...haha..

...........

aku lukis sendiri..haha..walaupun buruk, tp, ni hasil lukisan ak.. :) ..

Kasihnya..ayah.

I love my dad so much...maybe kata-kata ni terluah dalam ni je. tp, tak bermakna ak tak penah ckp ak syg kat ayah ak kat ayah ak. np tiba2 sebut spl ayah ni...??
  • sebabnya tadi ak call mak, then  mak ckp ayah g kl.ooo...........kenapa??
  • ayah g kl? untuk pe? nek pe? dan dengan sp? dgn keadaan dia mcm tu?
Maybe..ak blum kawen. so, ak tak bp nk paham naluri keibu bapaan ni. ayah g kl semata-mata utk kesenangan abg ak kat sabah kelak..dia ssh xpa...hurm..speechless. xpela..smoga ayah selamat pergi n selamat balik ke umah lik. utk abg ak lak..jgn nk jd ank tanggang, past dh senang kat sn, ko lupa mak ayah kat kg..huhu.. ak tau ko bukan mcm tu kan..ak yakin n ak percaya kat ko.. :) ..
.
.
.
.
Ayah xde hal sgt..ak lak emo lbh2 past tau hal ni..hehe..ala..ayah cover macho la tu..n ko abg, ngada2 betul la ..adoiii....

Monday 5 September 2011

OMG...hamzah ian komen kat blog aku..!!

See..betapa jakunnya ak bila hamzah ian komen kat blog ak. ni antara sebab np idung ak kembang kempis bila otromen tu komen kat blog ak..haha.. ::

  • sebabnya ak dh lama jd "silent reader" blog dia. kira ak buka blog ni pun sbb rs cam best je mengarut sorang2 depan laptop cam otromen ni n da geng dia, yakni en.ayam, mr.tapit..etc.. slalu duk buat. 
  • sebab ak bukan perigi cari timba..haha..pe kaitannya??..kaitan kimianya ialah..selama ak jd "silent reader" dia ak x pnh lg bg komen kat blog dia. tp, dia bc skali je blog ak..trus bg komen. tgk2... mcm ne hidung ak tak kembang kempis..haha..
  • sebab.....dia blogger femes..ak lak blogger cikai yg br nk bertatih..that why, ak harus BANGGA..!!..
  • sebab aku tau dia berpijak di bumi yg nyata..ye la..klu xda planet sfera ni..masakan otromen ley wujud n dpt lawan raksasa..haha..
btw, timasih byk2 sbb sudi jenguk2 blog n komen kat blog ak ni.. ;)

.... mungkin sebagai tanda terima kasih kat otromen ni..ak ley galakkan smua ank murid ak kelak untuk turut sama menjadi otromen..hurm...

Penghargaan buat - My 1st follower :: zulgeologist.. ;)

Thanks buddy..sbb jd 1st follower ak.. :) .. sbbkan nk tunjuk kan penghargaan ak kat komitmen yg hg dh bg ni, ak dh bertungkus lumus watkan ala-ala sijil penghargaan gitu utk hg..hehe.. sijil penghargaan ni jgk sbgai ucapan "TERIMA KASIH" ak kat hg, sbb dh ssh payah letakkan gambar lemang tu khas buat ak..sesungguhnya..aku sangat TERHARU...hihi... khas buat zulgeologist.. :)
..gambar spongebob n patrick kredit utk mr.google..


Sunday 4 September 2011

at least.

at least.. ::
  • aku cuma buka je.. x pulak ak suh letak gmbar skali jd primary. tp, still kena cop "control"..(whatttdafissshhh)
ak yg nampak cam dianiaya..!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
patut ke ak marah? xpun kecik hati?x pun g tanya...np x suka saya???!!!!!!

Single life part 1

Aku mmg tengah hidup single..mana taknya hidup ak sekarang dengan laptop, handphone, assgment, tesis, spek mata, jam ehsan dari boboy t'cyg dan gitar. masa cuti raya haritu..ak xla rasa kehidupan ak single sgt..sebab ak buka je mata, depan mata nampak mak ak tgh masak sarapan..kakak ak tgh sapu sampah, adik ak...abaikan dia..dia hanya tau makan, minum, men game n tido je kat umah tu.tapi, mcm tu pun dia..ak heran mcm ne da nyer trial ley dapat 7A 2B...uish..kira teror la tu kan. ok..klu nk mengeluh psl adik ak nan sorang ni mmg sampai esok xkan abis. back to the point..masa kat umah ak x rasa sgt kehidupan single ni sbbnya ada family yang akan mewarnakan hidup ak, tp, bila dh masuk blaja lik ni..ak mmg terasa habis la ngn kehidupan single ak sekarang. sebabnya ::

  • malam ni ak mkn mlm ngn biskut chipsmore je, smlam ak mkn malam ngn megi goreng sedap. klu kat umah..ak pasti menu mkn malam aku paling cikai pun telur goreng ngn nasi puteh kuah kicap kipas udang.
arghhh...ak tengah lapar + pokai + rindu kat masakan mak aku...!!!!!!!!!!!
Bila kehidupan single ak ni dalam keadaan mendesak mcm ni..mula la otak ak berpikir ligat..klu la ada anak org kaya especially yg nk kawen ngn ak..hahahaha...bley la time2 lapo mcm ni..ak order je.. "bik...watkan saya kfc + pizza seribu island ye..."haha..mengarut suda..

aku google biskut chipsmore, skali kuar gmbr cute's baby ni lak. then, ak tertanya-tanya..kat ne yg dimaksudkan dgn biskut chipsmorenya kat baby ni?

Hidup membujang itu seronok

Selalu ak dengar....
  • hidup bujang ni senang. nak kemana pun xpe, xde orang nk marah2, bising2.
  • hidup bujang ni senang. x payah nk pikir nk beli susu anak, lampin anak, makan-minum laki..huhu..
  • hidup bujang ni senang. xda duit pun ley lagi nk pow2 cket dari mak, ayah. kadang-kadang masa raya, dapat lgi duit raya, atas sebab belum kawen lagi..he..
  • hidup bujang ni senang..................................

Hakikatnya.......
  • hidup bujang ni xla senang ne pun..ak nk g mana2 kena pun pikir dua puluh pat kali. at least klu ak dh kawen, ley la ak ajak boboy ak temankan. risiko ak nk kena samun, nk dingorat (ceh..!!), nk ditipu, bosan jalan sesorang akan secara otomatiknya akan menurun.
  • memey la klu ak hidup membujang..ak x payah nk pikir psl susu, lampin, mkn-minum laki ak. TAPI....len pulak ak kena pikir..huhu..contohnya.. mkn-minum ak..hehe, duit baju ak, duit alat mekap ak..huhu..duit itu..duit ini..huh!!!..at least..klu ak dh kawen, ley jugak bebanan tu ak share2 ngn boboy ak...em..boboy byr bil air, bil letrik, bil keta, bil umah..em..smua bil la..hihi..yayang pulak......hihi..
  • ak x caya..!!!..abg ak, kakak ak yg dh kawen..ada jugak duk pow mak, ayah ak.
  • JADI.....tok sah la duk kata hidup ak yang sedang membujang ni menyeronokkan sgt. mmg seronok kdg2..tp, kdg2 ada jugak yang tak seronok. 
Tuntasnya...planet kan sfera.. ak baru nk sampai suku bulatan dia. jadi, ak x bley nk simpulkan bahawa hidup itu seronok lagi. tunggu ak sampai kat titik akhir bulatan ni, baru ak maklumkan hidup mana yg paling best.. :)

Fuhhhhh.........!!! da wheels of life.

Saturday 3 September 2011

Introduction :: Kenapa planet sfera?

Kenapa planet sfera? sebabnya ::
  1. Ak rs cam best je letak nama ni...haha..
  2. Sebab mula2 tu ak nak letak nama "Dunia bulat"...tp, bila ak baca n pikir lik cam pelik n x best je nama tuh...huhu..so, ak tukar..jadilah "PLANET SFERA"..hihi...
  3. Sebab ak rasa idup ak ni dalam lingkaran sfera ni je..xda nk masuk dalam lingkaran heksagon ke, pentagon ke..jd, sgt sesuai la rasanya ak guna nama sfera ni. unsur-unsur saintifik tu ada kat nama tu, jd, nmpak la tahap kegeniusan ak masa pilih nama blog ni..huhu..
  4. sebab................................... tu je kot...
Bila ak google "planet sfera" ni..ni la antara gambar yang kuar. maybe mcm ni la kan rupanya planet sfera..hehe..::

Kbooommmmmmmm!!!