Sunday 30 October 2011

Air Batu Campur

Rencah dalam hidup..tentulah dugaan dan kenangan. Ada masam, masin, manis, pahit, tawar dan pedas. Tak  mungkin la hidup kita selamanya seperti air batu campur yang diminum ketika panas terik dan dahaga. Kalau tu je rencah yang dapat kita rasa, mesti satu hari, kita akan jadi sangat-sangat bosan dengan rasa manis air batu campur tu.

Pada aku bukan lumrah manusia, dilahirkan dengan rasa yang tak pernah puas dengan nikmat yang dah diberi...tapi, akibat hasutan syaitan durjana dan benteng iman yang rapuh..membuatkan kita sering menyalahkan takdir.. sedangkan kita dah diingatkan yang takdir itu selalunya didahului dengan tadbir..kecuali JODOH, MATI dan REZEKI. Jadi, mengapa hendak menyalahkan lumrah manusia terdahulu dengan ketidakpuasan hati yang digendong sekarang. Bukankah itu sekadar lumrah..yang boleh kita ubah!!

Jadi, berlapang dadalah wahai "AKU" yang sedang dihimpit persoalan hidup sekarang..huhu..Bukan ke aku sangat bertuah..ditakdirkan Allah dapat merasai pelbagai rencah dalam hidup ni. Jadi, bergembiralah wahai hati yang berduka dan terluka dan bertenanglah wahai hati yang diburu resah dan gelisah. Rencah-rencah yang sedang Allah hadapkan ini, sedang mengajar aku erti sebuah keikhlasan, membimbing aku mencari permata dalam ribuan kaca, mendidik aku dengan jejak Saidatina Khadijah ~ Dalam keyatiman Nabi Muhammad S.AW...terserlah kepimpinannya dan dalam kemiskinan baginda, terlihat kekayaan jiwanya ~

Kunci sudah pun aku ada...tapi, pintunya belum aku ketemu. Aku sedar, kunci yang aku ada bukanlah kunci emas yang menawan dan tinggi nilainya. Kunci milik aku, hanyalah kunci biasa yang kerapkali terpalit kekotoran debu-debu dunia. Tapi, aku bersyukur..tiap kali kunci aku dipalit debu-debu yang mengaburkan kilauannya..angin dan hujan datang untuk membantu membersihkannya balik. Jadi, bersinar dan berkilau lah kembali kunci milik aku.

Jadi, siapa aku untuk menentukan siapa yang paling layak untuk aku. Hanya Allah yang paling layak untuk menentukannya. bukan ke kita dah diingatkan takdir hadir selepas tadbir yang kita sedia dan jalankan. Allah itu adil..Allah itu penyayang..setiap yang ditakdirkan, adalah yang terbaik buat hambanya. Memang JODOH, AJAL dan REZEKI tu dah Allah tetapkan pada kita, tapi, selagi takdirnya belum kita perolehi, berdoa, berdoa dan berdoa la dengan seikhlasnya supaya Allah memberikan kita takdir selari dengan tadbir yang telah kita usahakan.

Jika nanti takdir tidak selari tadbir..usahlah kita..ah..sebenarnya AKU...menangis, meraung, mengeluh dan meratap menyalahkan takdir. cukuplah la sekali..aku menjadi manusia hina yang tak sedar dek untung. berbulan-bulan menangis, meraung, mengeluh dan meratap tanpa henti menyalahkan takdir yang dh diberi...sedangkan.......hikmahnya....terselit sejuta..mungkin berjuta-juta..sebenarnya tiada nilai yang dapat menggambarkan kemanisan hikmah tu. Allahuakbar..semoga Engkau menerima keampunan dariku.

Ya Allah..berikan aku ketenangan dan kecerahan jiwa untuk mengenal dan melihat kilauan permata dari ribuan kilauan kaca yang ada. Izinkan aku untuk menjadi hambamu yang solehah disebalik kehidupan silam yang menghinakan ............................................................................

Monday 24 October 2011

Pelangi selepas hujan.

Keluar dari IPG tadi, aku nampak pelangi. Allahhuakbar, satu lagi ciptaan Allah yang sangat indah dan unik. Tak terjangkau dek akal rasanya macam mana pelangi tu terbentuk. Mungkin teori sains dapat merungkaikan sedikit fenomena kejadian pelangi ni, tapi, hakikatnya...rahsia sebenar kejadian pelangi ni masih dalam genggaman Allah. 

Bila tengok pelangi tu, kat hati aku terus terdetik,tadi cuaca bukan main gelap lagi, siap de guruh n hujan, aku nk kuar pun tak boleh n rasa takut jugak sebab dengar dek guruh tu. tapi, lepas semua tu berlalu, Allah takdirkan pula aku dapat nampak pelangi. Sangat indah dan cukup untuk menggembirakan hati aku. Terus aku lupa yang baru je tadi, aku mengomel pasal keadaan cuaca yang gelap n sedikit menakutkan. 

Jadi, kat mana hikmahnya..sesudahnya hari yang gelap dan penuh gempita, Allah hadirkan pelangi sebagai penyeri dan pengubat kekalutan dan ketakutan tadi? pada aku, bagi aku yang serba kerdil ni, natijahnya ada pada pemikiran kita. Bagaimana Allah nak kita berfikir dan sedar yang setiap musibah dan dugaan yang Allah bentangkan pada kita bukan untuk dikeluh kesahkan, bukan untuk ditangisi berhari-hari lamanya, bukan untuk   dicemuh sampai lusuh..tapi, untuk dikenang hikmahnya, tapi untuk didekatkan denganNya, tapi untuk diajar ini caranya, tapi untuk dibangunkan dari lena dan tapi untuk dilihat dan diuji dimana sabarnya. 

Cantiknya pelangi.... :) ...

Thursday 20 October 2011

Pagi yang nyaman.

Dalam pada kita tak sedar, apa perkataan pertama yang slalu kuar dari mulut kita bila baru bangun dari tidur? Merungut sebab banyak benda yang tak settle lagi? Mengeluh sebab still x puas g nak tido?Membentak sebab terpaksa bangun pagi2?atau "blur" seribu bahasa?....aku slalunya "blur" seribu bahasa..hehe..setiap mlm sebelum tido, mesti aku dh ingatkan dr sendri supaya, bila bangun pagi esok, mesti ucap "alhamdulillah" sebab Allah bagi lagi peluang pada kita untuk terus hidup dan sempurnakan mana-mana kerja kita yang masih tertangguh. Itu sahaja..

sekian...selamat malam, dunia...aku mau tido dh, menggantikan mlm semalam yang tak tido sebab menyiapkan kerja yang sengaja ditangguh-tangguhkan.. :)




Wednesday 19 October 2011

Buat sahabat..


Ayuni, Diana, Hanira, Syarifah dan Azritawani..

-5 tahun 6 bulan, kenangan pasti membuatkan kita rindu.
-Selamat menempuhi alam baru, semoga kalian menjadi pendidik yang amanah dan ikhlas.


Monday 17 October 2011

Batu itu keras.

Aku selalu rasa makin aku fikir, fikir dan fikir..makin aku jadi bengong dan tak betul. maksudnya..makin keputusan  yang aku nk buat tu tak tepat. tapi, kalau keputusan yang aku buat itu sekadar berlandaskan kata hati dan aku tak pikir banyak masa wat keputusan itu, mesti hasilnya..aku puas hati dengan kesan daripada keputusan yang dah dibuat. 

Tapi, persoalannya..boleh ke soal2 kawin ni kita ikut kata hati dan pikir sekali dua je. sebagai seorang bakal isteri yang ada impian nk jadi isteri solehah..mesti la aku nak kalau boleh aku kawen sekali je seumur idup aku, bertemankan seorang je suami dan ayah pada anak-anak aku nanti. jadi, sebab kan hal ni la..aku sangat2 teragak-agak nk wat keputusan. 

Aku dh pun solat istikharah..tapi, aku tak tau mcm ne nk detect yang tu la petunjuknya. de member aku cakap, petunjuk tu datang slalunya dalam bentuk mimpi, tapi, dalam mimpi tu xde suara yang kuar..huhu.. de lak org len cakap petunjuk tu dtg dalam bentuk gerak hati..hurm..klu ikutkan gerak hati, rasanya aku dh ada jawapan..tapi, aku takut nk keluarkan..sebab aku takut gerak hati aku salah. hurm..sangat teruk la aku ni..tu takut..ni takut...abis pe yang ko berani??..huhu..

Sebab aku takut sangat nk wat keputusan..jadi, aku suruh mak aku yang wat keputusan...hehe..skali mak gtau...ha, anak si polan, nm dia si polan..de tanya mak pasal hang..dia ckp nk msk ........ hang. mak rasa hang ----- dia je la..sudah...pulak...!!!!!!..sebabkan mak dh jwb gtu..aku pun gtau mak, aku x mo la ngn ......... sebabnya.................................................................... aku xmo la..huhu..past tu mak cakap memilih.bukan mak ku sayang, anak mak ni bukan memilih. tapi, aku de reason mengapa dan kenapa aku xnk.. n nmpknya aku mmg anak ayah..hehe..sebabnya ayah aku mmg sangat2 setuju dengan keputusan aku cakap xmo tu. timasih ayah... :)

Ok..selesai hal kat kg. sekarang aku kena pikir mcm ne nk slsaikan hal kat cni lak...n hal kat cni lagi rumit dr hal kat kg...huhu...aku x mau mengeluh..sebabnya aku sedar mesti de reason np Allah uji aku dengan dugaan ni. mcm ne aku de reason np aku ckp xmo kat mak tempoh hari..hehe.. :) ..so, lebih baik aku berfikiran positif dan hadapi dengan tenang perkara ni..wahaha.. tapi..aku didesak kat cni...n sebab desakan tu wat aku tertekan n x dpt nk berfikiran dengan warasnya. 

Jadi, patut ke aku jadi seperti batu..kerasnya sampai susah nk dipecahkan..ataupun aku jadi angin..yang senang nk dilayang ke sana sini.........aku prefer jadi batu..smuanya untuk masa depan aku. chaiyok2....solat, solat, solat, solat, solat, solat, solat.............................................................sampai aku yakin ni la keputusan yang dh ditakdirkan untuk aku. 





Sunday 16 October 2011

Jika semudah A,B,C.

Jika pilihan dan keputusan itu semudah ABC...




















Mungkin sekarang aku tak sebengong ini....
Ya Allah....help me.. :( ...sangat2 buntu...

Sunday 9 October 2011

Rumput itu lalang.

Semalam smua org bercerita tentang bulan. Allahhuakbar..mmg cantik sungguh ciptaan Allah. Dulu dan sampai sekarang, aku slalu kagum dengan kehebatan Allah dlm hal penciptaan manusia. maunya ak tak kagum, sp yg mampu mencipta punya banyak manusia, tp, xde sorang pun dalam kalangan kita yang ada 100 % persamaan. mungkin antara kita ada persamaan, tp persamaan tu pun dlm nisbah yg terlalu kecil. hurm...Allah mmg sangat hebat..!past tu bila aku tengok diri aku sendri, aku jadi makin kagum dengan kuasa Allah. Sapa yg mampu mencipta mesin yang sehebat dan sama taraf dengan kecanggihan mesin ciptaan Allah ni. For sure..xde sapa yg mampu..aku yakin xde punya..!!!plg senang pun, sapa yg boleh cipta tangan yang serupa dengan tangan yg Allah ciptakan untuk manusia, xkan ada yang mampu.tu aku tak ckp pasal otak g..huhu..

Tapi..dalam pada aku kagum dengan kuasa dan kehebatan Allah ni pun, aku ttp kdg2 lalai.hurm..lemahnya aku dgn godaaan syaitan. kdg2 ptg2 past solat asar, aku slalu x bc mathurat..tp, dibeleknya magazine hasil tulisan manusia..hurm..past solat maghrib slalu je aku berkejar nk buat itu ini..tp, bukan nk berkejar sembahyang hajat n baca al-quran. plg wat aku terasa lemah dan bodoh..sepanjang 5 tahun 6 bulan aku duk kat ipg ni, baru sekali aku khatam bc quran kat cni. ingatkan masa ramadhan hari tu, aku sempat khatam buat kali kedua..tapi, rupa-rupanya aku dh sangat lalai dengan kerja-kerja dunia..sampai aku ketepikan bekalan untuk akhirat nnti.

Bila bercakap pasal umo pulak..aku rasa menyesal dan sakit..umo dh 23 tahun, tapi, aku terasa dosa yang aku kumpul melebihi pahala yang aku cari.hurm.....kdg2 aku terasa sangat2 bodoh, bila de yg tanya psl pape hukum dlm agama islam, tapi, aku terdiam..tak mampu nk bgi penerangan. 5 tahun blaja kat sekolah agama, tp, hasilnya..aku tetap menjadi seorang hamba Allah yang jahil dengan ilmu agama islam.hurm...

Alhamdulillah..sekarang, sikit demi sikit aku cuba lik tebus kesalahan aku tu. sikit2 aku cuba study lik psl agama islam. sikit2 aku tampal pada koyak2 yang ada dalam ilmu agama islam yg ada dlm diri aku..sikit2 jugak aku cuba kuatkan hati untuk amalkan lik pe yang aku amalkan dlu masa kat SMKA. Ya Allah..kuatkan hati dan semangat aku untuk terus hidup dalam agamamu ini...

Pernah jugak..aku terfikir..kan bagus, nnti aku dapat suami yang dapat bimbing aku hidup dalam suasana yang     mengikut syariat Islam. tpi, persoalannya, layak ke aku yg x seberapa ni..untuk lelaki sehebat tu??????

Thursday 6 October 2011

Tuesday 4 October 2011

................

Hari ni...
semacam hitam dan gelapnya langit...
macam tu jugak gelap gelitanya hidup aku..
aku tak mengeluh...
jauh sekali menentang takdir yang tersurat...
tapi, sekali lagi nak aku tekankan...
aku sangat-sangat terkilan...
aku sedar, aku yakin...
ini dugaan...
seberat mana, selemah mana aku...
aku perlu tanggung...
aku juga bukan meminta untuk dijadikan sebagai yang terbaik..
cukuplah sekadar aku mendapat yang baik..
untuk kerana itu...
bukan aku tak berusaha..
bukan aku tak gigih..
bukan aku tak peduli...
tapi aku..
aku cukup berusaha...
cukup gigih...
cukup peduli...
tapi...
aku terpaksa menelan hakikat...
kamu yang tak cukup berusaha...
kamu yang tak cukup gigih..
dan kamu yang tak cukup peduli...
tanggungjawab kamu pandang enteng..
amanah kamu biar-biarkan...
tugas kamu tangguh-tangguhkan...
dan kesannya...
jatuh pada aku..
aku yang terpaksa menanggung kesan...



jadi, salahkah aku...
untuk menyalahkan kamu atas semua ni.

semoga aku tabah. ya ALLAH, tabahkan aku, bantu aku untuk redha..supaya aku tak berterusan menyalahkan kamu dan takdir yang menghimpit ni. amin...

Monday 3 October 2011

.................

Bukan marah atau menentang...
tapi, terkilan dan sangat terkilan..
bukan aku tak draft pelaporan tu..
bukan aku tak mintak untuk diperiksa draft tersebut..
dan bukan sekali aku hantar draft report tu...
tapi, berkali-kali...
























hurm...tapi, hari ni..........hurm...


mungkin dugaan ni dtg dek kerana dosa ak yang menimbun..
semoga aku tabah...huhu..!!

Saturday 1 October 2011

Manusia-manusia hipokrit.

Ramai...


yang jauh....haruslah begitu...



yang semacam hampir apatah lagi.......



yang begitu hampir nampaknya begitu....




yang sangat2 hampir..itu yang tak terjangka...




oleh itu.....kamu sangat hipokrit, sebab itu ramai juga yg sebegitu pada kamu.




dunia kita bulat..apa yang sampai pada aku, pasti sampai pada kamu satu hari ini..




jadi....biarkan je la... peace.. :) ..membawa duka dengan senyuman..mampu?..hehe..

Ikrar seorang pendidik.

Tahun depan..kalau xde aral melintang aku akan jadi cikgu @ pendidik. 5 tahun 6 bulan di latih, dididik n dibimbing di IPG, mmg dh cukup buat hati aku 100 % pada profession ni. 3 kali pegi praktikum n sekali internship mmg dh cukup untuk ak bw karisma sebagai seorang pendidik..(wahaha)..tp, yang pasti, aku harap dan berdoa..aku akan jadi pendidik yang... :
  • Adil, yakni aku tak kan membeza-bezakan semua anak murid ak. act, masa 3 kali ak wat praktikum dulu pun, ak slalu mintak kelas last. pada aku, budak-budak yang duduk kelas last ni bukannya tak nak blaja, tp, ada byk kekangan yg wat diorang ssh nk blaja ngn baik. hurm..kebanyakkan sbb background family. 
  • Amanah, ak akan utamakan murid dan ilmu yg ak nk sampaikan. ak akan cuba sedaya upaya xnk jd cikgu yg sibuk dengan pertandingan sana-sini sampai biarkan kelas terbiar dan direlief. praktikum banyak mengajar ak tentang amanah. 
  • Berkhidmat kerana Allah. Aku harap dan aku mmg berdoa siang malam, supaya ak xde "klik" masa kat sekolah nnti. maksudnya, ngn smua cikgu ak nk kwn..ak xmau jugak ak puak untuk mengumpat atau jual pape barang. bukan pe..ak tgk cikgu2 ni..kdg2 ms ngumpat tu slalu je buka aib ank2 murid dia...padahal anak2 murid tu amanah n tggjwb diorang.why not habiskan masa lapang korang tu ngn wat soalan latihan atau bahan-bahan ngajar yang boleh bantu dak2 yg korang ngumpat tu jd lg senang paham dan pandai. 
  • Tegas tapi bukan garang. hurm..aku rasa yg ni ak dh dpt laksanakan masa 3 kali ak praktikum dulu. buat apa nk jd garang2, kehulu-hilir nk kena bw rotan ms kat sekolah. budak tak hormat n syg pun, lagi diorang nyampah ada la. tp, tak garang, tak bermaksud ak sorang cikgu yang lembut n blh dipijak-pijak dek students. 3 kali praktikum dh wat ka tau..ak cikgu yg mcm ne..ak blh dibuat cam member, tp, dlm kelas ak, pls behave sebagai student, keja yang ak bg mesti siapkan. past tu, kalau kita jumpa kat playground ke..ak ok je nk men buaian sambil mkn eskrem skali ngn students ak..huhu..
  • Ikhlas. kalau nnti de ank murid ak tak paham pe yg ak ngajar, ak 100 % sedia nk wat kelas tambahn kat diorang.. tanpa sebarang bayaran. haram kot kalau nk amik payment. lagipun, ak klu bleh nk anak-anak murid ak nnti bila besar jadi manusia n hamba Allah. 
Ak harap n slalu berdoa agar azam n ikrar ni akan aku pegang sampai ke liang lahad. ak klu boleh xmo jd lectrr klu pun nnti ak dh ada master atau phd. ak nk jadi cikgu sekolah rendah smpai ak bersara. sebabnya..ak rasa tenang bila ngajar budak2 kecil yg br nk kenal hidup tu mcm ne. mmg kdg2 ak diuji ngn kenakalan diorang, tp, hakikatnya kenakalan tu dtg dari muka yg still suci.