Sunday 30 October 2011

Air Batu Campur

Rencah dalam hidup..tentulah dugaan dan kenangan. Ada masam, masin, manis, pahit, tawar dan pedas. Tak  mungkin la hidup kita selamanya seperti air batu campur yang diminum ketika panas terik dan dahaga. Kalau tu je rencah yang dapat kita rasa, mesti satu hari, kita akan jadi sangat-sangat bosan dengan rasa manis air batu campur tu.

Pada aku bukan lumrah manusia, dilahirkan dengan rasa yang tak pernah puas dengan nikmat yang dah diberi...tapi, akibat hasutan syaitan durjana dan benteng iman yang rapuh..membuatkan kita sering menyalahkan takdir.. sedangkan kita dah diingatkan yang takdir itu selalunya didahului dengan tadbir..kecuali JODOH, MATI dan REZEKI. Jadi, mengapa hendak menyalahkan lumrah manusia terdahulu dengan ketidakpuasan hati yang digendong sekarang. Bukankah itu sekadar lumrah..yang boleh kita ubah!!

Jadi, berlapang dadalah wahai "AKU" yang sedang dihimpit persoalan hidup sekarang..huhu..Bukan ke aku sangat bertuah..ditakdirkan Allah dapat merasai pelbagai rencah dalam hidup ni. Jadi, bergembiralah wahai hati yang berduka dan terluka dan bertenanglah wahai hati yang diburu resah dan gelisah. Rencah-rencah yang sedang Allah hadapkan ini, sedang mengajar aku erti sebuah keikhlasan, membimbing aku mencari permata dalam ribuan kaca, mendidik aku dengan jejak Saidatina Khadijah ~ Dalam keyatiman Nabi Muhammad S.AW...terserlah kepimpinannya dan dalam kemiskinan baginda, terlihat kekayaan jiwanya ~

Kunci sudah pun aku ada...tapi, pintunya belum aku ketemu. Aku sedar, kunci yang aku ada bukanlah kunci emas yang menawan dan tinggi nilainya. Kunci milik aku, hanyalah kunci biasa yang kerapkali terpalit kekotoran debu-debu dunia. Tapi, aku bersyukur..tiap kali kunci aku dipalit debu-debu yang mengaburkan kilauannya..angin dan hujan datang untuk membantu membersihkannya balik. Jadi, bersinar dan berkilau lah kembali kunci milik aku.

Jadi, siapa aku untuk menentukan siapa yang paling layak untuk aku. Hanya Allah yang paling layak untuk menentukannya. bukan ke kita dah diingatkan takdir hadir selepas tadbir yang kita sedia dan jalankan. Allah itu adil..Allah itu penyayang..setiap yang ditakdirkan, adalah yang terbaik buat hambanya. Memang JODOH, AJAL dan REZEKI tu dah Allah tetapkan pada kita, tapi, selagi takdirnya belum kita perolehi, berdoa, berdoa dan berdoa la dengan seikhlasnya supaya Allah memberikan kita takdir selari dengan tadbir yang telah kita usahakan.

Jika nanti takdir tidak selari tadbir..usahlah kita..ah..sebenarnya AKU...menangis, meraung, mengeluh dan meratap menyalahkan takdir. cukuplah la sekali..aku menjadi manusia hina yang tak sedar dek untung. berbulan-bulan menangis, meraung, mengeluh dan meratap tanpa henti menyalahkan takdir yang dh diberi...sedangkan.......hikmahnya....terselit sejuta..mungkin berjuta-juta..sebenarnya tiada nilai yang dapat menggambarkan kemanisan hikmah tu. Allahuakbar..semoga Engkau menerima keampunan dariku.

Ya Allah..berikan aku ketenangan dan kecerahan jiwa untuk mengenal dan melihat kilauan permata dari ribuan kilauan kaca yang ada. Izinkan aku untuk menjadi hambamu yang solehah disebalik kehidupan silam yang menghinakan ............................................................................

No comments:

Post a Comment