Monday 24 October 2011

Pelangi selepas hujan.

Keluar dari IPG tadi, aku nampak pelangi. Allahhuakbar, satu lagi ciptaan Allah yang sangat indah dan unik. Tak terjangkau dek akal rasanya macam mana pelangi tu terbentuk. Mungkin teori sains dapat merungkaikan sedikit fenomena kejadian pelangi ni, tapi, hakikatnya...rahsia sebenar kejadian pelangi ni masih dalam genggaman Allah. 

Bila tengok pelangi tu, kat hati aku terus terdetik,tadi cuaca bukan main gelap lagi, siap de guruh n hujan, aku nk kuar pun tak boleh n rasa takut jugak sebab dengar dek guruh tu. tapi, lepas semua tu berlalu, Allah takdirkan pula aku dapat nampak pelangi. Sangat indah dan cukup untuk menggembirakan hati aku. Terus aku lupa yang baru je tadi, aku mengomel pasal keadaan cuaca yang gelap n sedikit menakutkan. 

Jadi, kat mana hikmahnya..sesudahnya hari yang gelap dan penuh gempita, Allah hadirkan pelangi sebagai penyeri dan pengubat kekalutan dan ketakutan tadi? pada aku, bagi aku yang serba kerdil ni, natijahnya ada pada pemikiran kita. Bagaimana Allah nak kita berfikir dan sedar yang setiap musibah dan dugaan yang Allah bentangkan pada kita bukan untuk dikeluh kesahkan, bukan untuk ditangisi berhari-hari lamanya, bukan untuk   dicemuh sampai lusuh..tapi, untuk dikenang hikmahnya, tapi untuk didekatkan denganNya, tapi untuk diajar ini caranya, tapi untuk dibangunkan dari lena dan tapi untuk dilihat dan diuji dimana sabarnya. 

Cantiknya pelangi.... :) ...

No comments:

Post a Comment